Sunday 21 October 2012

PEMAKAIAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA



1) Bentuk wajah jenis OVAL
Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tuduung yang mereka suka. 

2) Bentuk wajah jenis ROUND
Bagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakan anda lebih kelihatan tembam.
Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi anda yang tembam. 
Jika hendak memakai selendang , cara pemakaian yang betuh adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas (dahi ) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.

3)Bentuk wajah jenis LONG
Bagi mereka berwajah panjang , jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain  akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda menjadi lebih bujur. Cara paling mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi anda agar tidak kelihatan terlalu luas. pastikan anda tidak menutup pipi anda  kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung anda rapat betul2 dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda.percayalah anda pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah anda.

4) Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berjawah diamond biasanya lebih lebar diantara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata.Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang , turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang,. kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang anda yang tertonjol tersebut.

gambar dari google ~ngee~

*thats all yg dpt sy kongsikan ntuk uols..hope dpt membantu uolls..

Thursday 18 October 2012

MeNcaRi KerADhaAnMu

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali Imran : 8)




melangkah itu mudah namun mencari arah itu yang terkadang payah.. Mencari jalan itu mudah namun memahami destinasi itu yang susah.. Menyusuri susur itu mudah namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..
Dalam semua ini,menjaga istiqamah itu paling susah,payah dan lelah.. Namun DIA amat faham bagi hambaNya..
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik..
Hanya perlu melakukan yang TERbaik,meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya Lantas nescayanya DIA akan menguruskan yang selebihnya, Agar yang TERbaik itu menjadi milik manusia. Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan-Nya..



Wednesday 18 July 2012

COOKING TIME :)


pizza yang dah dikebas orang ."
*assalamualaikum*

selamat malam kawan2..hah!da pukul 3 pagi?aku still tak dapat nak lelapkan mata lagi..ntah kenapa lar susah sangat mata ni nak lelap..da lar esok sekolah..hurm :(
da alang2 tak boleh tidur,baik bukak blog kejap update entri sal petang tadi..
satu reseppi yang paling mudah dan cepat..konfirm cedapp punya..
try la korang wat..


bahan-bahannya:

*doh pizza (hehe aku gune doh yang segera jew..senang nak buat..xlar leceh sangat)
*sos prego ( perisa tomato n mushroom)
*mozarella
*tomato dipotong dadu(tak letak pon takpe)
*capsicum hijau (potong danjang2 sedikit)
*popcorn ayam dipotong dadu (aku gune cap ayam mas jew)

cara-caranya:

firstly,keluarkan doh dari peti sejuk.. n then letak sos prego sebanyak mana yang anda suka,klau nak lagi pedas taruk banyak2..
kemudian taburkan capsicum & tomato yang telah dipotong dadu tadi..
pastu letakkan popcorn ayam sebanyak mana yang anda suka n lastly taburkan mozarella sebanyak mungkin c0z lagi banyak yang anda letak,lagi sedap pizza tu..
korang bakar lar lam oven selama 10 minit sahaja..
takut hangus pulak lame2..

haaa..da ciap..senang kan..aku maen campak jew bahan2 yang ada lam peti sejuk..bahannya pun tak banyak..just amek apa yang ada..kalau nak sedap lagi,korang taruk lar pape pon yang korang suke..letak hotdog yang dihiris bulat2 pon sedap..

tengok tu adik2 aku ni..awal diorang rasmi pizza tuh..
key la,itu saje yang dapat aku kongsikan pada hari ni..

Thursday 12 July 2012

Sup Pembakar Lemak

Saya terjumpa resepi ni kat Facebook semasa sedang mencari resepi untuk diet sihat. Tadi guna butang Search sebelum post, tapi tak jumpa tajuk ni, so saya fikir nak kongsi dgn anda di sini.

Quote:
Diet ini adalah untuk anda yang ingin menghilangkan berat badan dalam waktu singkat. Diet ini diberikan oleh salah sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan. Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh dan memberikan tubuh yang segar yang sebelumnya tidak dirasakan.

Hanya dalam jangka waktu beberapa hari, anda akan merasakan tubuh anda akan menjadi lebih ringan sekurang-kurangnya 10 pounds (+/- 4 kg) dan bahkan mungkin hingga 17 pound (7.5 kg) serta memiliki lebih tenaga. Teruskan program ini selama anda inginkan dan rasakan perbezaannya.

Program ini adalah diet pembakaran lemak dan rahsianya adalah bahawa anda akan membakar kalori lebih banyak daripada kalori yang anda ambil. Ini akan membersihkan sistem pengolahan dalam tubuh dan memberikan kesegaran.

Disebabkan perbezaan sistem pencernaan masing-masing, program ini akan memberikan efek yang berbeza-beza bagi setiap orang. Sesudah 3 hari menjalani program, maka anda akan merasakan kesegaran dan memiliki energi lebih besar dari sebelum anda mengikuti program ini, dengan syarat -*JANGAN SEKALI-KALI MELANGGAR PANTANG-LARANG!*

Setelah beberapa hari mengikuti program ini, anda akan merasakan perubahan yang ketara terhadap perut anda. Walaupun anda masih boleh minum kopi hitam tanpa pemanis atau gula, anda pasti merasakan bahawa setelah 3 hari mengikuti program ini, keperluan anda terhadap kafein, tiada lagi.

*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*

1. ROTI / NASI

2. MINUMAN BERALKOHOL

3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)

4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)

5. MAKANAN YANG BERGORENG

6. GARAM DAN BAHAN PERASA


*YANG BOLEH DIAMBIL*

1. AIR PUTIH

2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA

3. TEH TANPA PEMANIS/GULA

4. CRANBERRY JUICE

5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


*SUP PEMBAKAR LEMAK*

*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*

3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR

*CARA MEMBUAT*

Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*


*HARI - 1*

Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.


*HARI - 2*

Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas. 

Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.


*HARI - 3*

Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.

*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.


*HARI - 4*

Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.


*HARI - 5*

Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.


*HARI - 6*

Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


*HARI - 7*

Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*. 

*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

SELAMAT MENCUBA!
Tak tau seberapa benar resepi di atas, tapi berdasarkan beberapa feedback yang saya baca, ada yang hilang berat badan sehingga 12 kg seminggu.

NAK KURUS??



Assalamualaikum.
Saya nak share dengan semua pembaca Blog Teratak Fieyqa  tentang  10 TIPS KURUSKAN BADAN TANPA UBAT… Jom kita tengok apa yang ada kat bawah ni…

Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia. Saya akan bahagikan tip-tip artikel ini kepada nutrisi dan pemakanan, senaman serta supplement.

1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
  3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11 - 20: Senaman.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trendsenaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
  5. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.

    PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
    Berat yang Berlebihan
    Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
    26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
    Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
    27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
    28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. 

Lapar atau sekadar dahaga ?

Biasakan diri untuk minum air setiap kali merasa lapar .... sebab mungkin rasa lapar itu sebenarnya dahaga..

Soalan Pertama : Dalam sehari korang lebih kerap rasa lapar atau rasa dahaga?

Sebenarnya elok juga kita selidik dulu. betul ke kita lapar ? atau kita cuma berperasaan yang kita  rasa lapar hakikatnya kita tak lapar pun.

Terutama baru je lepas makan lunch, tak sampai 15 minit kita dah mula rasa lapar semula. Padahal masa lunch tu , boleh tahan jugak jumlah makanan yang kita ambil.

Soalan Kedua : Pernah tak korang rasa lapar semula walau baru je lepas ambil makanan berat? 


If korang masih juga rasa lapar walau dah "mentekedarah" , apa yang terlintas kat fikiran korang, adakah :
  • Tak lengkap lagi apa yang dimakan sebelum tu, perlu ambil manisan , buahan atau snack lagi baru lengkap
  • Dah hampir nak datang period tak pelik la perut ni asyik nak makan je.
  • Baby dalam perut ni lapar kot (bagi yang pregnant la)
  • Stress sebab tu rasa nak makan je
Tapi pernah tak korang terfikir yang mungkin badan kita memerlukan air bukan makan?

Soalan Ketiga : Pernah tak korang terfikir rasa lapar itu sebenarnya rasa dahaga?

Kekadang kita kurang mengambil jumlah air yang mencukupi dan ada masanya otak kita tersalah tafsir sebenarnya kita dahaga tapi kita rasa lapar. Tapi sekiranya kita memang dah ambil jumlah air yang mencukupi dan telah makan makanan yang seimbang dan berkhasiat yang secukupnya tapi masih juga rasa lapar. Kemungkinan itu hanya lah perasaan semata-mata bukan lah rasa lapar yang sebenarnya. 
Being thirsty or hungry sends the same signals to your brain and a lot people binge on food when their body is actually craving water.


Sanggup telan 10 sudu gula ?




Ada yang sanggup untuk telan 10 sudu teh gula sekaligus ke?

Membayangkan 10 sudu teh gula untuk ditelan dalam satu masa, semua orang tak sanggup bukan?

Percaya tidak, tanpa sedar ramai diantara kita yang terbiasa menelan sekaligus 
jumlah gula sebanyak itu (atau mungkin lebih). Minuman dalam kategori soda, bergas atau berkarbonat sememangnya mengandungi jumlah gula yang banyak.

Untuk makluman secara umumnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara
 enam hingga 10 sudu teh gula . Ini bermakna dengan hanya meminum 1 tin 
minuman berkarbonat kita telah pun mencapai sukatan gula yang disarankan.

Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh
 melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, 
jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil 
adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula."


Persoalannya adakah kita hanya mengambil 1 tin minuman bersoda ini sahaja dalam sehari?
Bagaimana pula dengan pengambilan minuman manis seperti teh, kopi , air sirap ?
Tahukah anda, gula bukan hanya boleh didapati dari minuman manis sahaja, gula juga
boleh diperolehi dari sumber makanan seperti kek, manisan, coklat dan sebagainya.
Malah gula juga sebenarnya wujud secara semulajadi dalam makanan yang kita ambil .

Sebagai rujukan dibawah disenaraikan (Purata secara umum) jumlah gula yang ada 
dalam beberapa makanan dan minuman:

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh

Jadi, tidak mustahil  tanpa sedar kita telah mengambil 125 gram atau 26 sudu teh gula sehari, bukan?

Jika anda sayangkan diri anda dan anda sayangkan anak-anak anda,
KATAKAN TIDAK KEPADA MINUMAN RINGAN , MINUMAN BERSODA, BERGAS ATAU BERKARBONAT.
 Paling tidak pun, ambil langkah untuk
MENGURANGKAN PENGAMBILAN MINUMAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA

KALORI MAKANAN

                                     *   ASSALAMUALAIKUM *


 hye readers..lamenye aku tak update blogger niy an..rindu giler rasanye lame tak menaip..
urm...malam niy aku duk mengadap laptop mencari something..tetibe rasa nak update sal kalori makanan pulak malam ni..ok,jom kita start..



Anda tahu apa itu Kalori????

Kali ni nak story pasal kalori plak..n3 baru2 ni saya ade sentuh pasal pengambilan kalori
 klau nak turun berat atau nak naikkan berat...dalam dok coret entry pasal penyusuan
 dan naik/turun berat tu..tetiba terfikir plak :
  • Apa dia kalori?
  • Camna nak tahu makanan apa yg kurang kalori dan apa plak makanan yg tinggi ngan kalori???
  • Camna nak kira sebanyak mana kita dah bakar kalori dan sebanyak mana plak kita kena ambil???
  • Berapa banyak kalori yg kita perlu ambil???
So jom kita sama2 kaji kalori ni.....

Apakah dia kalori?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup

. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat. 
Tenaga yang di ubah dari makanan di panggil kalori.Kalori di ukur dalam unit joule.

Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori bagi setiap gram.
Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian,
makanan yang mengandungi banyak lemak adalah tinggi kalorinya.
Sebaliknya, makanan tinggi kandungan airnya seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan rendah kalorinya.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan)
 terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan 
dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Apa akan berlaku jika saya makan lebih dari yg diperlukan?
Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori 
tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot
.Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar, untuk memberi tenaga.

Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). 
Manakala untuk setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan 
bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.


Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan 
simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori 
setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman
. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana 
badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia 
sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang 
Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori


Semangkuk meehon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng,
                (350 kalori) (600 kalori)
Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan,
                (60 kalori)                                                   (150 kalori)
Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca,
                (60 kalori) (300 kalori)
Jumlah : 470 kalori 1050 kalori




Kaedah pengiraan kalori makanan 

Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg.  Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari
kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg - 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.
baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.


How to Burn Calories Without Exercise

To lose weight, a person must burn more calories than he or she consumes, but this isn't done only through exercise. Calories are burned while doing housework, reading and even sleeping, and the amount of calories burned during everyday activities can be increased if you know how.


-Go to bed hungry. Instead of eating a late dinner or having a snack before bed, retire on an empty stomach. Your body has to burn some calories even while you're sleeping, and if there isn't any food in your stomach when you go to sleep, you'll wake up a little less fat than when you went to bed. 

2
-Drink ice water. You'll have to burn some calories to heat the cold water to body temperature. If you drink 8 glasses of ice water a day, you'll burn about 70 calories. 

3
-Fidget. Tapping your toes, drumming your fingers, doodling and even chewing gum all burn some calories. Ignore the advice of your parents and teachers, who wanted you to learn to sit still. 

-Laugh. You'll burn 20 percent more calories watching a funny movie than you would if you watched a drama. You can also watch comedies on TV, see comics perform live and read funny stories. 

5
-Eat spicy foods. Spices like cayenne pepper, cumin and curry have been shown to increase your metabolism for a few minutes after eating them, burning a few more calories than after eating bland foods. 
6
-Add protein, especially dairy foods, to your diet. This will keep your body from breaking down your muscles for the protein it needs, and the more muscle you have, the more calories you will burn. 


tataa..jumpa di entry yang lain.. =)


Wednesday 16 May 2012

UntukMu SelamaNya


Tak pernah aku mengerti
Apa yang kini aku rasakan
Kegelisahan hatiku saat ini
aKu masih merindukanmu
Walaupun kini aku tlah bersamanya
Tak pernah mampu aku coba tuk melupakanmu


Sungguh tak bisa
aKu mengganti dirimu dengan dirinya
Sungguh aku tak sanggup
berpaling darimu
dan Sungguh tak bisa
Mencintainya tuk melupakanmu
Sungguh tak sanggup
Aku berpindah dari hatimu
kerna hatiku hanya untukkmu selamanya
walau ku tahu kau bukan untukku.. :'(



* just4you_amin*

Wednesday 2 May 2012

…Cinta seorang sahabat…

                                            …Cinta seorang sahabat…

Ada saat  kita ketawa bersama-sama,ada saat kita menangis bersama-sama..kita gelak,bermain,bercerita,n semua y kita lakukan mesti akan sentiasa bersama..tiap masa dan waktu kita habiskan bersama..tanpa kita sedari,sebenarnya kasih seorang sahabat amat besar nilainya..n tanpa kita sedari tanpa kehadiran SAHABAT,mungkin akan sunyi hari-hari kita..bersama sahabat kita mengenali erti kasih sayang,bersama sahabat kita merasakan erti memiliki..bersama sahabat juga kita merasakan erti kebahagiaan..seorang sahabat y setia adalah sahabat y sanggup berkorban demi sahabatnya,sahabat y sentiasa ada disaat senang dan susah..dn seorang sahabat y sanggup lakukan apa saja demi melihat sahabatnya bahagia..

                                             #ilovemyfriends#

Friday 27 April 2012

hanset ke lawatan??lawatan ke lesen?

*assalamualaikum*

urm..malam ni langsung xdew mood..sekarang aku tersepit kat celah2 keadaan..tak tahu nk ikut yang mana satu..arghh!!PENING! PENING! PENING! ..dari tajuk kat atas pasti korang da tahu kan apa masalah aku sekarang ni..tahun ni ayah aku suruh amek lesen sebab senang nak ulang alik gi sekolah and gi mana2 coz ayah xdew kat sini..tapi tahun ni jugak kelab pelangcongan adakan lawatan di johor bahru and pulau pinang..memang aku teringin nak pergi johor..kebetulan pulak tahun ni aku nak beli hanset galaxy y yang aku idam2 kan selama ni..arghh!camnew ni??yang mana satu??kalau aku tak ikut lawatan 2 bila lagi aku dapat gi sana..dengan family memang tak lah..LESEN pulak memang aku harus amek tahun ni..HENSET??argh lantak la yang 2..xpenting pon..camne ni??plez help me.. seriously  pening pikirkan hal ni..

#help me..aaaaaaa#

Wednesday 25 April 2012

Fruits CockTail



                             *assalamualaikum*


hai semua..apa khabar?sehat ke tidak?heee....ok..ni my first resepi dekat my new blog ok..resepi paling mudah,senang,cepat dan LAZAT!!nyumm2..huhuresepi hari ni ialah



 Koktail buah-buahan 



Fruits Cocktail. 


Bahan-bahan

1 tin buah dalam tin (fruits cocktail)
1 tin susu cair/ susu segar
3 sudu besar gula
ais ketul
sedikit air


Cara Membuat

Bancuhkan 3 sudu gula kedalam bekas.... masukkan 1 tin buah cocktail tadi, masukkan juga 1 tin susu cair/ susu segar. I lebih suka guna susu cair, sebab rasa dia lebih lemak dan warna dia lebih cantik.Masukkan ketulan ais tadi dan sedikit air (kalau terlalu pekat).. siap!


kalau you all tak suka guna ais ketul,takut ia akan rasa tawar bila ais tu cair,korang boleh masukkan dalam peti ais untuk beberapa minit supaya ia sejuk..koktail ni memang sedap jika dimakan sejuk2..memang best!!



So..selamat mencuba ya...



Sunday 22 April 2012

Ayat-Ayat Suci Al-Quran


Sungguh.. Sayu rasa hati, cemburu juga ada mendengarkan ayat ALLAH ini dibacakan dengan sungguh merdu oleh hafiz-hafiz, sungguh tertitis air mata walau sedang solat sakalipun kerana mendengarkan imam muda membacakan al-Fatihah dan surah lazim dengan sungguh penghayatan sepertinya faham maksud disebaliknya..
Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suciNYA dengan melebihkan mendengar lagu-lagu semasa.
KETAHUILAH : Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengaralunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.Kita orang yang bagaimana? Fikirkan.

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”