Friday 27 April 2012

hanset ke lawatan??lawatan ke lesen?

*assalamualaikum*

urm..malam ni langsung xdew mood..sekarang aku tersepit kat celah2 keadaan..tak tahu nk ikut yang mana satu..arghh!!PENING! PENING! PENING! ..dari tajuk kat atas pasti korang da tahu kan apa masalah aku sekarang ni..tahun ni ayah aku suruh amek lesen sebab senang nak ulang alik gi sekolah and gi mana2 coz ayah xdew kat sini..tapi tahun ni jugak kelab pelangcongan adakan lawatan di johor bahru and pulau pinang..memang aku teringin nak pergi johor..kebetulan pulak tahun ni aku nak beli hanset galaxy y yang aku idam2 kan selama ni..arghh!camnew ni??yang mana satu??kalau aku tak ikut lawatan 2 bila lagi aku dapat gi sana..dengan family memang tak lah..LESEN pulak memang aku harus amek tahun ni..HENSET??argh lantak la yang 2..xpenting pon..camne ni??plez help me.. seriously  pening pikirkan hal ni..

#help me..aaaaaaa#

Wednesday 25 April 2012

Fruits CockTail



                             *assalamualaikum*


hai semua..apa khabar?sehat ke tidak?heee....ok..ni my first resepi dekat my new blog ok..resepi paling mudah,senang,cepat dan LAZAT!!nyumm2..huhuresepi hari ni ialah



 Koktail buah-buahan 



Fruits Cocktail. 


Bahan-bahan

1 tin buah dalam tin (fruits cocktail)
1 tin susu cair/ susu segar
3 sudu besar gula
ais ketul
sedikit air


Cara Membuat

Bancuhkan 3 sudu gula kedalam bekas.... masukkan 1 tin buah cocktail tadi, masukkan juga 1 tin susu cair/ susu segar. I lebih suka guna susu cair, sebab rasa dia lebih lemak dan warna dia lebih cantik.Masukkan ketulan ais tadi dan sedikit air (kalau terlalu pekat).. siap!


kalau you all tak suka guna ais ketul,takut ia akan rasa tawar bila ais tu cair,korang boleh masukkan dalam peti ais untuk beberapa minit supaya ia sejuk..koktail ni memang sedap jika dimakan sejuk2..memang best!!



So..selamat mencuba ya...



Sunday 22 April 2012

Ayat-Ayat Suci Al-Quran


Sungguh.. Sayu rasa hati, cemburu juga ada mendengarkan ayat ALLAH ini dibacakan dengan sungguh merdu oleh hafiz-hafiz, sungguh tertitis air mata walau sedang solat sakalipun kerana mendengarkan imam muda membacakan al-Fatihah dan surah lazim dengan sungguh penghayatan sepertinya faham maksud disebaliknya..
Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suciNYA dengan melebihkan mendengar lagu-lagu semasa.
KETAHUILAH : Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengaralunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.Kita orang yang bagaimana? Fikirkan.

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”


Aku Ingin Mencintaimu Dengan Sederhana




Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..


Cintaku sederhana dalam kesederhanaan…
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu…
Cintaku sederhana dalam keterbatasan…
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu,
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan…
 
Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya…
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus…
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh…
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka…
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan…
 
Cintaku sederhana,
namun terukir di hati yang tulus…
Cintaku penajam imanku…
Cintaku penebal keyakinanku…
 
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia…
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi…
 
Aku ingin mencintaimu sederhana
baik dalam memberi dan menerima dengan seadanya.




 

KETIKA HATI MENYAPA CINTA




Bismillah..
Dikala cinta menyapa..
Dunia begitu indah berwarna..
Bunga-bunga di hati bersemi..
Harum mewangi bagaikan kasturi..
Walaupun cinta tak berwujud…
Namun ia menguasai hidup..
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…
Tetapi ia membekas biru di kalbu …
Wahai Sang Maha Pencipta cinta…
Indahnya cinta adalah kurniaanMu..
Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..
Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…
Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..
Ya Allah, teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…
Ya Allah kurniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMu
Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..
Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah  yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.
Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.
Berharap pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. Antara dua sahaja yg akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yg kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.