Sunday 21 October 2012

PEMAKAIAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA



1) Bentuk wajah jenis OVAL
Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tuduung yang mereka suka. 

2) Bentuk wajah jenis ROUND
Bagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakan anda lebih kelihatan tembam.
Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi anda yang tembam. 
Jika hendak memakai selendang , cara pemakaian yang betuh adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas (dahi ) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.

3)Bentuk wajah jenis LONG
Bagi mereka berwajah panjang , jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain  akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda menjadi lebih bujur. Cara paling mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi anda agar tidak kelihatan terlalu luas. pastikan anda tidak menutup pipi anda  kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung anda rapat betul2 dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda.percayalah anda pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah anda.

4) Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berjawah diamond biasanya lebih lebar diantara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata.Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang , turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang,. kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang anda yang tertonjol tersebut.

gambar dari google ~ngee~

*thats all yg dpt sy kongsikan ntuk uols..hope dpt membantu uolls..

Thursday 18 October 2012

MeNcaRi KerADhaAnMu

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali Imran : 8)




melangkah itu mudah namun mencari arah itu yang terkadang payah.. Mencari jalan itu mudah namun memahami destinasi itu yang susah.. Menyusuri susur itu mudah namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..
Dalam semua ini,menjaga istiqamah itu paling susah,payah dan lelah.. Namun DIA amat faham bagi hambaNya..
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik..
Hanya perlu melakukan yang TERbaik,meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya Lantas nescayanya DIA akan menguruskan yang selebihnya, Agar yang TERbaik itu menjadi milik manusia. Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan-Nya..