Sunday 22 April 2012

Ayat-Ayat Suci Al-Quran


Sungguh.. Sayu rasa hati, cemburu juga ada mendengarkan ayat ALLAH ini dibacakan dengan sungguh merdu oleh hafiz-hafiz, sungguh tertitis air mata walau sedang solat sakalipun kerana mendengarkan imam muda membacakan al-Fatihah dan surah lazim dengan sungguh penghayatan sepertinya faham maksud disebaliknya..
Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suciNYA dengan melebihkan mendengar lagu-lagu semasa.
KETAHUILAH : Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengaralunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.Kita orang yang bagaimana? Fikirkan.

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”


No comments:

Post a Comment